Home » » Laptop HP Envy 15 Review

Laptop HP Envy 15 Review

Laptop HP Envy 15 Review

Jom kita mengenali laptop HP Envy 15, peranti serba boleh yang memanfaatkan pelbagai teknologi sekali gus memahami keperluan dan prestasi peranti mudah alih.

Rekaan luarnya memang nampak menawan dengan reka bentuk logam anggun berserta kuasa dan prestasi yang bagus.

Mempunyai ruang storan sehingga 1TB, komputer riba berkenaan memberikan peluang kepada penggunanya untuk menyimpan pelbagai jenis data dan fail, termasuk muzik serta video.

HP Envy beroperasi pada pemprosesan Intel Core i5-6200U generasi ke-6 sudah pasti memberi kelajuan ketika penguji menggunakannya dalam tempoh sebulan ini.

Segala kerja yang penguji lakukan memang berjalan lancar daripada menaip hingga menyunting video.

Selain itu, penguji memanfaatkan laptop ini sebagai sumber hiburan. Mana tidaknya, dengan skrin besar 15.6 inci memang seronok menonton iflix serta Netflix dalam keadaan berbaring di katil atau duduk santai di sofa.

Baterinya pun tahan lama. Hampir sembilan jam masa dihabiskan bagi melakukan pelbagai aktiviti Internet, bermain game yang santai dan kerja harian boleh disiapkan dengan HP Envy 15 ini.

Penguji berjaya mengecas bateri sehingga 90 peratus dalam masa hanya 90 minit apabila peranti dimatikan.

Siapa yang patut memilikinya? Dengan harga bermula RM3,699, ia layak untuk individu yang melakukan kerja harian dengan banyak seperti seorang eksekutif atau pekerja yang kerap ke luar untuk tugasan.

Bagi pelajar pula, jika poket tebal boleh juga kerana ia pelaburan jangka panjang yang baik meskipun saiznya kategori ‘bagak’. ~ metro



 
Chatroom